Sunday, June 27, 2010

Kuala Lipis Jamboree

Alahmdulillah, selesai sudah kami sertai KUALA LIPIS JAMBOREE pada 27/6/2010. BCNC telah menghantar seramai 18 rider yg semangat mereka sgt kuat utk menerjah trek lipis ini. Kami telah berkumpul di KEDAI BASIKAL NAN POWER RACE, UMBAI MELAKA pada pukul 2 petang dan bertolak tepat pada pukul 3 petang..Perjalanan ke Kuala Lipis selama 8 jam membuatkan para rider agak letih ttp seronok dengan keletah si "oghang putih"..hahahaha..

Kami menginap di Lipis Valley Inn, walaupun biliknya agak sempit tp bolehlah untuk kami berehatkan badan..

27/6/2010..tepat pukul 8 pagi pada rider telah di lepaskan di Dataran Kuala Lipis..2 km awal kami melalui "tarmac" yg landai dan kelihatan semua rider tersenyum, tersengih, gelak2..masuk saja di laluan OFFROAD, maka bermulalah azab para rider...

HUJAN di malam hari meninggalkan kesan kepada bumi Kuala Lipis..10km pertama..trek yg penuh dengan lecak dan lumpur terpaksa kami lalui..para rider mula mengeluh dan ada yg patah balik kerana melihatkan keadaan sedemikian..MENDAKI usah di katakan..80% trail adalah mendaki banjaran TITIWANGSA tu..hanya Tuhan je yg tahu betapa mentalnya kami utk meneruskan perjalanan dengan keadaan sedemikan..basikal makin berat, kayuhan semakin perlahan..MENDAKI terus MENDAKI..hehehehe..

Alhamdulillah, kesemua para rider dari BCNC telah berjaya menamatkan kayuhan ini dengan jayanya dan lebih manis lagi..rider kami SOFI telah berjaya mendapat tempat PERTAMA di Jamboree Kali ini..TAHNIAH utk beliau..

Pada pendapat kami, trail ini seronok di layan jika lumpurnya tidak terlalu teruk..dan mungkin boleh dipertimbangkan utk turut MENYERTAI jika ianya di adakan pada tahun depan..

Dalam kesempatan ini juga, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada FADHILAT HERBS kerana sudi memberikan sedikit sumbangan kepada BCNC dan juga kemudahan logistik utk kami..AIR KESIHATAN THAJI mmg terbaik lah...









































-bcnc-



1 comment:

soffian said...

TAHNIAH BCNC!!!!!!