Monday, March 1, 2010

Hash Ride Jasin 28/02/2010

Salam, lambat sungguh nk buat laporan tentang Jasin Hash Ride pada Ahad lepas..kami dari brobike telah turut serta "join" dalam aktiviti ketahanan MENTAL dan ketahanan diri yg sangat hebat. Cuaca pada hari tersebut baik dan cerah..

Apa yang dapat dikatakan tentang trail ini memang "menakjubkan" dengan rata-ratanya memaksa para rider menguji ketahanan sendiri. Climb yang paling mencabar ialah di Bukit Langsat lebih kurang sejauh 200 meter dengan kecondongan lereng bukitnya 70 darjah (sempat ukur tu) hahaha..apa lagi hari ini skil " MTB" telah digunakan dengan baik...MARI TOLAK BASIKAL...

Hanya ada satu CP utk minum (100+ & air mineral) dan makan pisang iaitu di puncak Bukit Langsat. Dah mendaki mesti ada turunnya. Downhill dibukit ini memang capai tahap klimaks dan bro zul dari brobike telah rebah semasa turun di bukit langsat. kira ada cenderahati dari hash kali ini.

Laluan hash kali ini melalui ladang getah, kelapa sawit ( paling byk), hutan kecil, rumah orang asli dan sedikit jalan berturap.

Trail yang kami uji ini juga adalah laluan untuk Jasin Jamboree pada 2/5/2010 ini tetapi utk hash ride kali ini dipendekan kepada 30km sahaja. maksudnya ada 20km lagi yg belum kami lalui. Crew hash info pada kami, yg laluan ini adalah laluan "chicken road"..biar benak...

Anyway, terima kasih kepada M2BH dan Jasin Bikers kerana anjuran hash kali ini. ramai rider yang ingin "balas" semula trail ini. ok see u next time...




bro bajang, bahrain dan nizam.

bro bajang..apa sudah jadi kayuh kali ni bro..

bro man choi.

Maharani Cycling Club...

bro bahrai & bro tapa

courtesy from Ah Loi ECC

courtesy from Ah Loi ECC

courtesy from Ah Loi

MARI TOLAK BASIKAL

puncak bukit langsat.


bro zul amik nafas mustajab...

start mendaki.

-brobike-

2 comments:

Unknown said...

nothing to say about this ride..as usual i'm out of range..i'm struggling to finish this ride feel like struggle for life & death.But for all brobike team member u all cool man..keep rock'en

BCNC said...

thanks bro mustaffa for ur comments..