Sunday, December 5, 2010

Kayuan Ke Tasik Tebat Cincin 05/12/2010

Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi yang telah berikan kami sekali lagi bernafas di muka bumiNya ini..Aktiviti yang di rancand telah di jalankan seperti biasa walaupun bilangan rider yang turut serta hanya 7 orang sahaja. Yang lain mempunya urusan yang tak dapat di elakkan..Rider2 yang telah berjaya menghabiskan kayuhan trek ala2 jamboree ini ialah :-

Fairus Tokey : Tokey kambing daru syria
Wan : si Lipan Bara
Sam : Abang PGA dari Muar
Pak Long @Tomato : Nama je pak long tp budak lagi
Popo : Bukan main ligat ko kayuh ye
Hairool : Duyong Bikers
Husry Sadiq Sigaraga : tukang tangkap gambau.

Trek yang kami lalui ini sejauh 46km yang merangkumi perjalanan dari :

Merlimau - Lanchang - Tasik Tebat Cincin - Ladang Kempas -Merlimau

bentuk muka bumi yang sesuai utk semua peringkat. kalau yang kaki speeding tu trek ini makan dorang je...

Ni hah gambir-gambirnya :--






Wednesday, November 3, 2010

Lama Tak Bersua Dan Ini Aktiviti Kami 10/2010

Lama sangat rasanya tak update ini blog...BCNC masih aktif dlm xtvt kayuhan MTB ni di sekitar negeri Melaka. Antara xtvt kami ialah :-

Kayuhan Melaka Maju 2010
Kayuhan Kliwon 21/10/2010
Kayuhan Recce Trek Baru
Kayuhan Kliwon 27/10/2010
ECC Jamboree Burung Hantu 30/10/2010

Gambir-gambirnya..





Wednesday, October 13, 2010

Update...
















dah lama benar tak update blog ini..walhal BCNC banyak membua xtvt kayuhan ni...tggl tak berkesempatan nk update blog sbb moderator kami sempat update di FACEBOOK BCNC saja..

yang terbaru...seramai 10 rider dari BCNC telah menyertai Jamboree Race Uitm Segamat pada Sabtu lepas...kayuhan sejauh 20km di mana treknya mmg sempoi dan blh layan...walaupun treknya pendek tetapi bagi kami rider MTB amatur berasa puas..

biasalah setiap jamboree mesti ada masalah punya...bila tgk result jamboree race ni..ada diantara kawan2 kami yg berjaya habiskan jamboree race namanya takde..no plate ada tp ridernya lain...ada yg sampai awal tapi namanya di hujung..kekekekeke..takpalah..janji berpeluh...

dan yang terbaru..berkenaan JERSEY BCNC yang akan di keluarkan tak lama lagi..akhirnya setelah mcm2 proses jersey ini berjaya di keluarkan....

minggu depan 20/10/2010 secara rasminya jersey ini akan diperkenalkan kepada rakan2 BCNC...di harapkan dengan kehadiran jersey ini akan memeriahkan lagi kelab ini..


adios...

Sunday, September 26, 2010

MTB JAMBOREE RACE, UITM SEGAMAT 9/10/2010


InsyaAllah BCNC akan menghantar wakil untuk jamboree kali ini...SUPPORT OUR LOCAL MTB SCENE..

Wednesday, September 22, 2010

Kayuhan Melaka Maju 2010, Sungai Rambai.







Assalamualaikum..

Dijemput rakan-rakan MTB/ROAD yang lain untuk sertai Program sempena sambutan Melaka Maju 2010. Cuba untuk mengumpulkan seramai 2010 rider dari seluruh tanahair dan akan di masukkan ke dalam Malaysia Book Of Records jika porgram ini berjaya di jalankan dengan terkumpulnya jumlah rider tadi...
Hari : AHAD
Tarikh : 17 Oktober 2010
Masa : 8.00 am - 12.00pm
Jarak : +/- 30km (on road)
Lain-lain : T-Shirt dan sedikit makan minum akan di sediakan.

Semua basikal boleh join..baik baikal 4 roda hinggalah basikal jepun blh join..

jumpa kat sana nanti..

-BCNC-

Wednesday, August 25, 2010

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA SAHABAT!!!


Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi. semalam 25/08/2010 BCNC telah mengadakan majlis berbuka puasa di Bukit Beruang Hills. Seramai 17 orang ahli BCNC yang telah berkesempatan utk bersama-sama meriahkan majlis ini.

Sudah lama tidak berkumpul seperti ini kepada rakan2 yang sudah lama tidak berkayuh kerana ada urusan yg lain. Dapat jugalah bertukar2 idea, maklumat mengenai jamboree yang akan kami sertai nnt.

Apa yang pasti pihak hotel mesti pening dgn gelagat ahli BCNC yang rata-ratanya kuat makan..hahahaha..mmg xde ruang dah kat pinggan tu..penuh aje..bak kat bang Azhar..ni baru RM 9.90 ada lagi RM 10.00 nak di berhabiskan...kekekeke...

Makanan di hotel ini amatlah memuaskan dengan bayaran hanya RM 19.90 seorang (buffet) dengan pelbagai hidangan dan juadah telah di sediakan. Dari Timur ke barat semua ada..suasana agak rileks dan tidak terlalu sesak...layannn....















-bcnc-

Tuesday, August 17, 2010

Jersey BCNC CYCLING TEAM..



Assalamualaikum dan selamat berpuasa..Alhamdulillah, selepas berbincang dan bertukar-tukar pendapat dengan rakan2 BCNC yang lain..akhirnya jersey rasmi BCNC akan dikeluarkan tak lama lagi.

Buat pengetahuan rakan2 yang lain, seorang daripada rakan kita (HUSRY) telah pun menempah jersey ini terlebih dahulu untuk rujukan rakan2 BCNC yang lain sebelum proses tempahan di lakukan secara rasmi. Ini adalah kerana untuk mengelakkan sebarang ketidak puas hatian terhadap material dan design yg di paparkan diatas. sehingga posting ini di tulis, ramai rakan2 BCNC telah bersetuju dengan design di atas.

Pemilihan warna seakan2 ASTANA TEAM itu adalah kerana warnanya yang cerah dan sesuai utk kayuhan siang dan malam demi keselamatan kita semasa berkayuh.

Spesifikasi jersey ini :

Material Jersey : 100% Polyester
Poket : 3 kat belakang jersey.
Material seluar : Spandex + padding.
Size Jersey : XS - XL ( XXL - XXXXL, SILA RUJUK DI BAWAH)

** Harga jersey sahaja RM 149.00
** Harga jersey + seluar berbib RM 349.00
** Harga jersey + seluar tanpa bib RM 300.00


** Tambahan RM 10.00 utk Jersey size XXL
** Tambahan RM 20.00 utk Jersey size XXXL - XXXXL


PERHATIAN : TEMPAHAN JERSEY INI BUKANLAH SECARA PAKSAAN TETAPI UNTUK KESERAGAMAN KITA BCNC SEBAGAI SATU PASUKAN. BERGANTUNG KEPADA KEPUTUSAN MASING2...:-)

Terima kasih

-BCNC-

Thursday, August 12, 2010

Monday, August 9, 2010

Selamat Menyambut Ibadah Puasa.


Assalamualaikum sahabat2 semua..lagi 1 hari setengah kita umat Islam akan menjalankan ibadah puasa kita pada tahun ini. Mungkin aktiviti kayuhan akan berkurangan dan mungkin terbatas pada waktu siang.

Tetapi kami, BCNC akan tetap menjalankan aktiviti kami seperti biasa dan waktu kayuhan akan di lewatkan sedikit. Ada juga rancangan, KAYUHAN SAHUR akan kami adakan pada hujung minggu sahaja kerana tidak mahu menganggu waktu bekerja rakan2 kami yang lain..

Kesempatan ini ingin mengucapkan SELAMAT BERPUASA dan moga2 amalan kita di bulan yang mulia ini di RAHMATI-NYA...insyaAllah...

-bcnc-

Wednesday, August 4, 2010

KAYUHAN SANTAI SEBELOM MENYAMBUT KETIBAAN RAMADHAN...

Kayuhan malam seperti biasa di jalankan bersama rakan2
seramai 26 0rang sahabat telah dapat bersama2 untuk
mengayuh pada kali ini...
terima kasih kepada semua sahabat...




















-bcnc-