Monday, January 10, 2011

Thursday, January 6, 2011

Trek MTB di Taman Botanikal, Ayer Keroh, Melaka

Ya, di Melaka juga ada trek seumpama Putrajaya Challenge Park. Di mana ? Di Taman Botanikal, Ayer Keroh.

Sebelum ini trek ini telah di gunakan untuk kegunaan SUKMA 2010 dan selepas dari acara itu nampaknya trek ini semacam tidak di uruskan dengan baik..laluannya yg semakin hilang. tanda arahnya sudah entah ke mana.

Penulis pernah merasai kayuh di trek ini sebelum SUKMA 2010 dan dapat merasakan keunikan trek ini dan mungkin boleh menjadi tarikan peminat basikal lasak merasai keunikan trek ini.

Laluan sepanjang 4-5km itu mmg mencabar dari segi mental dan memerlukan kemahiran teknikal yang baik utk "menakluk" laluan tersebut.

Diharapkan pihak yang berkenaan dapat bersama2 memulihkan semula kemudahan yang telah sedia ada ini...

-BCNC-

Kayuhan Recce Trek Jamboree 2011


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Kepada semua rakan-rakan BCNC anda dijemput hadir untuk bersama-sama rakan2 yg lain mencari/menebas.me"recce" trek untuk tujuan JAMBOREE BCNC 2011 yang akan di adakan pada 1 MEI 2010 (cadangan)

Maklumatnya adalah seperti di bawah : -

Hari : AHAD
Tarikh : 09 /01/2011
Tempat Kumpul : Rumah Melaka, Jalan Tun Kudu.
Kumpul : 7.30 pagi
Tayar Golek : 8.00 pagi
Destinasi : Ni yang kita nak cari ni hah..

** SILA BAWA AIR YANG MENCUKUPI, TIUP SPARE, MAKANAN RINGAN**




Monday, January 3, 2011

Selamat Tahun Baru 2011.




















Alhamdulillah syukur kehadrat Illahi di berikan keizinan-Nya untuk bertemu dengan tahun 2011 ini. Alhamdulillah BCNC pun dah hampir berusia satu tahun dan bilangan ahli BCNC pun telah bertambah..

BCNC tidak kena mengenakan sebarang bayaran untuk sertai kayuhan yang kami anjurkan tetapi atas semangat setiakawan dan semangat bantu menbantu kami BCNC "tong-tong duit" untuk menjayakan sesebuah program.

Bulan Disember 2010, BCNC ada menyertai kayuhan Jamboree Kuala Linggi LTDL YELLOW RIDE, Kayuhan Sambutan Tahun baru bersama KM Melaka dan juga Kayuhan Jelajah Jasin.

**GAMBAR-GAMBAR DI ATAS ADALAH DI AMBIL DARI FACEBOOK "ATIN SHADAN"..TERIMA KASIH