Wednesday, August 25, 2010

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA SAHABAT!!!


Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi. semalam 25/08/2010 BCNC telah mengadakan majlis berbuka puasa di Bukit Beruang Hills. Seramai 17 orang ahli BCNC yang telah berkesempatan utk bersama-sama meriahkan majlis ini.

Sudah lama tidak berkumpul seperti ini kepada rakan2 yang sudah lama tidak berkayuh kerana ada urusan yg lain. Dapat jugalah bertukar2 idea, maklumat mengenai jamboree yang akan kami sertai nnt.

Apa yang pasti pihak hotel mesti pening dgn gelagat ahli BCNC yang rata-ratanya kuat makan..hahahaha..mmg xde ruang dah kat pinggan tu..penuh aje..bak kat bang Azhar..ni baru RM 9.90 ada lagi RM 10.00 nak di berhabiskan...kekekeke...

Makanan di hotel ini amatlah memuaskan dengan bayaran hanya RM 19.90 seorang (buffet) dengan pelbagai hidangan dan juadah telah di sediakan. Dari Timur ke barat semua ada..suasana agak rileks dan tidak terlalu sesak...layannn....















-bcnc-

Tuesday, August 17, 2010

Jersey BCNC CYCLING TEAM..



Assalamualaikum dan selamat berpuasa..Alhamdulillah, selepas berbincang dan bertukar-tukar pendapat dengan rakan2 BCNC yang lain..akhirnya jersey rasmi BCNC akan dikeluarkan tak lama lagi.

Buat pengetahuan rakan2 yang lain, seorang daripada rakan kita (HUSRY) telah pun menempah jersey ini terlebih dahulu untuk rujukan rakan2 BCNC yang lain sebelum proses tempahan di lakukan secara rasmi. Ini adalah kerana untuk mengelakkan sebarang ketidak puas hatian terhadap material dan design yg di paparkan diatas. sehingga posting ini di tulis, ramai rakan2 BCNC telah bersetuju dengan design di atas.

Pemilihan warna seakan2 ASTANA TEAM itu adalah kerana warnanya yang cerah dan sesuai utk kayuhan siang dan malam demi keselamatan kita semasa berkayuh.

Spesifikasi jersey ini :

Material Jersey : 100% Polyester
Poket : 3 kat belakang jersey.
Material seluar : Spandex + padding.
Size Jersey : XS - XL ( XXL - XXXXL, SILA RUJUK DI BAWAH)

** Harga jersey sahaja RM 149.00
** Harga jersey + seluar berbib RM 349.00
** Harga jersey + seluar tanpa bib RM 300.00


** Tambahan RM 10.00 utk Jersey size XXL
** Tambahan RM 20.00 utk Jersey size XXXL - XXXXL


PERHATIAN : TEMPAHAN JERSEY INI BUKANLAH SECARA PAKSAAN TETAPI UNTUK KESERAGAMAN KITA BCNC SEBAGAI SATU PASUKAN. BERGANTUNG KEPADA KEPUTUSAN MASING2...:-)

Terima kasih

-BCNC-

Thursday, August 12, 2010

Monday, August 9, 2010

Selamat Menyambut Ibadah Puasa.


Assalamualaikum sahabat2 semua..lagi 1 hari setengah kita umat Islam akan menjalankan ibadah puasa kita pada tahun ini. Mungkin aktiviti kayuhan akan berkurangan dan mungkin terbatas pada waktu siang.

Tetapi kami, BCNC akan tetap menjalankan aktiviti kami seperti biasa dan waktu kayuhan akan di lewatkan sedikit. Ada juga rancangan, KAYUHAN SAHUR akan kami adakan pada hujung minggu sahaja kerana tidak mahu menganggu waktu bekerja rakan2 kami yang lain..

Kesempatan ini ingin mengucapkan SELAMAT BERPUASA dan moga2 amalan kita di bulan yang mulia ini di RAHMATI-NYA...insyaAllah...

-bcnc-

Wednesday, August 4, 2010

KAYUHAN SANTAI SEBELOM MENYAMBUT KETIBAAN RAMADHAN...

Kayuhan malam seperti biasa di jalankan bersama rakan2
seramai 26 0rang sahabat telah dapat bersama2 untuk
mengayuh pada kali ini...
terima kasih kepada semua sahabat...




















-bcnc-